By:
Hambali Ibnu Ranim
Kp. Soge Masjid, Panimbang, Pandeglang, Banten
aliranim@ymail.com
Corat-coretttttttttttttttttttttttttt……………
Ciputat, 09 november 2009
Sistem hukum dan perundangan yang diterapkan oleh negara Malaysia masa ini adalah peninggalan imperialis barat, yang mana sistem ini bercanggah dengan tradisi keislaman ummah Malaysia
Di negeri-negeri Melayu sebelum masuknya pengaruh Kerajaan British undang-undang asas atau undang-undang negeri ialah undang-undang Islam bersama dengan Adat Melayu. Dalam kes Ramah lwn Laton ([1927] 6 FMSLR 128; 2JH 213) Mahkamah Rayuan di Selangor telah memutuskan bahawa undang-undang Islam ialah undang-undang negeri dan Mahkamah hendaklah mengiktirafkan dan menggunakan undang-undang itu
Sebelum undang-undang Islam dapat diterima sebagai undang-undang dan pedoman di Malaysia pada keseluruhannya, kita harus berusaha memperbaiki cara pentadbiran undang-undang keluarga di Mahkamah-mahkamah Syariah. Pada masa sekarang kita menghadapi kekurangan dalam banyak perkara - taraf dan kelayakan kadi, tidak ada bangunan mahkamah yang sesuai dan kemudahan-kemudahan yang mencukupi, kekurangan pegawai dan kakitangan dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan yang diadakan untuk pentadbiran undang-undang Islam di Mahkamah Syariah hendaklah disamakan sekurang-kurangnya dengan apa yang terdapat di Mahkamah Majistret. Mufti-mufti dan hakim-hakim hendaklah menjalankan tugas mereka supaya pentadbiran undang-undang Islam mencapai mutu dan kepercayaan yang telahpun dicapai oleh mahkamah awam di Malaysia.
Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia kini, harus difahami berdasarkan perkembangan perundangan negara terutama zaman sebelum merdeka iaitu zaman penjajahan Inggeris. Pengalaman-pengalaman mereka menjajah negara ini dan seterusnya memperkenalkan beberapa statut atau undang-undang bertulis dimana sebahagiannya telah dikekalkan hingga ke hari ini juga harus diteliti kerana ia mempunyai hubungan dalam konteks perkembangan pentadbiran undang-undang Islam. Beberapa istilah berkaitan misalnya istilah “undang-undang Islam” dan istilah “pentadbiran” undang-undang itu sendiri ada hubungan dengan perlaksanaan undang-undang itu sendiri.
Sebagaimana dijelaskan, dari segi pentadbiran, tindakan sudah dibuat untuk memisahkan antara Mahkamah Syariah yang disebut sebagai institusi yang mentadbir keadilan dan Majlis Agama sebagai pihak berkuasa utama selepas Ketua Agama Islam dalam hal ehwal agama Islam dan Jabatan Kemuftian bertanggungjawab mentafsirkan dalam perkara yang diklasifikasikan sebagai hukum Syarak.
Secara umum, dapatlah disimpulkan bahawa negara ini telah melaksanakan sebahagian undang-undang Islam. Dengan aspek tertentu, negeri-negeri dalam Persekutuan telah melaksanakan undang-undang-undang Islam. Undang-undang Islam yang ditadbir terus berkembang berbanding sebelum negara mencapai kemerdekaan. Banyak pembaharuan telah dilakukan oleh pihak berkuasa agama sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat kerajaan-kerajaan negeri selaras dengan perkembangan masyarakat Islam di negara ini. Dari semasa ke semasa beberapa pindaan dibuat oleh Badan Perundangan Negeri masing-masing selaras dengan kepentingan dan untuk kebaikan masyarakat sejauh yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Usaha-usaha untuk menyelaraskan pentadbiran undang-undang Islam di negeri-negeri sedang dan terus dijalankan. Sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan harus mengambilkira kehendak Perkara 38 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan untuk dilaksanakan oleh negeri-negeri masing-masing.
Hingga kini, meskipun konstitusi di Malaysia menetapkan Islam sebagai agama resmi negara, tetapi penafsiran konstitusi itu juga cukup beragam. Pertanyaan yang masih hangat di Malaysia adalah �apakah Malaysia merupakan negara Islam atau negara sekular?� Sebagian pemimpin Malaysia menyatakan, bahwa Malaysia adalah negara Islam dan bukan negara sekular.
Tetapi, sebagian lain menyatakan, bahwa Malaysia bukanlah negara Islam, tetapi juga bukan negara sekular.
Dalam makalahnya yang berjudul �Is Malaysia a Secular State? Certainly It is Not�, Pawancheek Marican menegaskan, bahwa dari segi peraturan perundang-undangan memang Malaysia bukan negara sekular. Jauh sebelum merdeka tahun 1957, Malaysia telah menerapkan hukum Islam. Mahkamah Agung Malaysia, tahun 1993, menegaskan, bahwa memang Muslim di Malaysia diatur dengan hukum keluarga Islam. Hukum ini telah eksis di Malaysia sejak abad ke-15.
Bahkan, faktanya, Islam telah bertapak secara formal di Malaysia tepatnya pada tahun 1136, ketika Raja Hindu Kedah, Merong Maha Wangsa masuk Islam dan mengganti namanya menjadi Sultan Muzaffar Syah. Karena itu, pasal 3 (1) Konstitusi Malaysia yang menyatakan, bahwa Islam adalah agama resmi negara, merupakan aspirasi kaum Melayu/Muslim sejak wilayah itu menjadi Muslim, beberapa abad sebelum masuknya penjajah Inggris, Portugis, dan Belanda.
Isu Penyeragaman Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 telah mengundang pelbagai polemik perdana. Bermula dengan bantahan secara rasmi yang dikemukakan oleh sekumpulan NGO wanita yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesaksamaan Gender (JAG) dan seterusnya diikuti oleh perbahasan hangat dan runtunan emosi sebilangan Ahli Parlimen dan Senator wanita di dalam Parlimen.
Saya berkesempatan untuk meneliti hujah lima isu kontroversi yang dibangkitkan di dalam memorandum yang dibentangkan oleh NGO terbabit iaitu:-
1. Seksyen 23(9)(b) : Hak suami untuk menuntut harta sepencarian daripada bahagian harta isterinya apabila dia berpoligami;
2. Seksyen 23(3) dan 23(4)(a) : Menjadikan poligami lebih senang terhadap lelaki;
3. Seksyen 23(9): Memaksa isteri memilih nafkah ATAU pembahagian harta sepencarian apabila suami berpoligami;
4. Seksyen 52(1) : Melanjutkan hak fasakh seorang isteri kepada suaminya;
5. Seksyen 107 A: Suami boleh memohon kepada Mahkamah untuk menahan/menegah isteri memindahkan hartanya sendiri.
Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen selepas Hari Merdeka tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang telah disebutkan, pada amnya Parlimen tidak mempunyai kuasa membuat undang-undang mengenai undang-undang Islam (kecuali untuk Wilayah Persekutuan) dan undang-undang yang berhubung dengan undang-undang Islam hanya boleh diadakan dan dikuatkuasakan dengan persetujuan kerajaan negeni yang berkuasa. Contohnya Akta Penjagaan Kanak-kanak (Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 (Akta 351). Akta ini dibuat oleh Parlimen untuk menyelaraskan undang-undang mengenai hak kewalian dan jagaan seluruh Malaysia. Akan tetapi diperuntukkan juga bahawa akta itu tidak dikenakan kepada onang-orang Islam melainkan dengan syarat (a) akta itu diterima oleh Kerajaan Negeri, dan (b) mana-mana peruntukan dalam akta itu yang bertentangan dengan undang-undang Islam tidak dikenakan kepada orang Islam. Dalam kes Myriam lwn Mohamed Ariff ([1971] 1 MU 275: 3JH 35) seorang ibu menuntut hak penjagaan anak-anaknya iaitu seorang perempuan yang berumur lima tahun dan seorang lelaki berumur dua tahun. Dia telah diceraikan oleh suaminya dan selepas itu dia telah berkahwin dengan seorang lain. Pada masa pendaftaran perceraian kadi telah mencatatkan bahawa kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa anak-anak itu diserahkan kepada ayahnya.
Oleh sebab Islam menjadi agama rasmi Persekutuan dan juga agama rasmi untuk beberapa buah negeri di Malaysia, undang-undang Islam harus dikembalikan kepada tempatnya yang asal sebagai undang-undang asas dan undang-undang negeri di Malaysia. Seksyen 3 dan 5 dalam Akta Undang-undang Sivil hendaklah dimansuhkan. Dengan ini kita tidak akan merujuk kepada undang-undang Inggenis yang lapuk itu, tetapi bebas mencari undang.-undang lain yang tidak bertentangan dengan undang-undang Islam. Suatu fasal hendaklah diadakan dalam Pemlembagaan yang bertujuan bahawa jika terdapat mana-mana undang-undang di Malaysia yang bertentangan dengan undang-undang Islam, maka hendaklah undang-undang itu terbatal setakat mana ia bertentangan.
Sumber utama undang-undang Islam ialah al-Quran dan Hadis dan selain itu rujukan juga dibuat kepada kitab-kitab Fiqh. Antaranya Minhaj al-Talibin, I'anat al-Talibin, Bug at al-Mustarshidin, Fath al-Mu in, Tuhfat al-Muhtaj, Nihayat al-Muhtaj dan Iqna'. Di Malaysia undang-undang Islam ditadbirkan di peringkat negeri dan tiap-tiap negeri mempunyai enakmen tentang pentadbiran undang-undang Islam di negeri itu. Di tiap-tiap negeri diadakan Majlis Agama Islam dan pegawai seperti mufti, kadi besan dan kadi. Mufti biasanya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Syariah yang ditugaskan mengeluarkan fatwa jika perlu. Pada ketika membuat atau mengeluarkan fatwa pendapat yang biasanya diikuti ialah dari qaul yang muktamad dalam Mazhab Shafie. Akan tetapi jika difikirkan dengan mengikut qaul Mazhab Shafie itu akan berlawanan dengan faedah umum, jawatankuasa syariah boleh mengikut qaul dari tiga mazhab yang lain iaitu Maliki, Hanafi dan Hanbali yang mana difikirkan munasabah
Bagi kita, kaum Muslim di Indonesia, perdebatan tentang negara sekular atau negara Islam di Malaysia itu bisa menjadi pelajaran berharga. Dalam sejarah Indonesia, hingga kini, perdebatan tentang identitas nasional Indonesia, masih belum tuntas. Ada tiga peradaban yang berpengaruh dalam perumusan identitas nasional, yaitu peradaban Islam, peradaban Hindu, dan peradaban Barat. Meskipun bahasa Indonesia yang berasal dari bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa nasional, tetapi banyak istilah-istilah Sansekerta yang ditetapkan dalam kehidupan berbangsa dan bernegara, seperti Bhinneka Tunggal Ika, Tut Wuri Handayani, dan sebagainya.
Jauh sebelum kemerdekaan, para tokoh Islam telah mengusulkan suatu bentuk negara agama (bukan teokrasi); di mana Islam ditempatkan sebagai dasar negara; setidaknya Islam menjadi agama resmi negara. Pihak lain, yang dikenal sebagai golongan nasionalis-sekular menolak usulan itu. Pihak Komunis dan minoritas lainnya, tidak secara resmi mengemukakan pandangan dan pendiriannya. Akhirnya, setelah melalui perdebatan yang sangat keras, pada 22 Juni 1945, disepakatilah rumusan Dasar Negara Indonesia yang kemudian dikenal dengan nama �Piagam Jakarta�.
Salah satu isinya yang penting adalah poin pertama dari Pancasila yang berbunyi: �Ketuhanan, dengan kewajiban menjalankan syariat Islam bagi pemeluk-pemeluknya.�
Kita tahu, Piagam Jakarta itu kemudian juga digagalkan pada 18 Agustus 1945. Toh, para tokoh Islam tidak pernah menyerah untuk memperjuangkan Islam dan meyakinkan seluruh kaum Muslim Indonesia, khususnya para elitenya, untuk memahami dan menerima Islam sebagai pandangan hidup mereka. Berbagai jalan dakwah senantiasa ditempuh, apakah melalui jalan politik, pendidikan, dan sebagainya. Dakwah senantiasa berjalan di negeri ini. Secara politik dan budaya telah banyak perubahan yang dicapai. Jika jilbab dulu dianggap sebagai barang haram di negeri ini, sekarang sudah begitu meluas penggunaannya di kalangan pejabat dan masyarakat umumnya. Banyak perundang-undangan yang secara tegas atau tersamar mengadopsi syariat Islam.
Bagaimanakah sebenarnya hubungan antara Islam dan negara?
Allah swt menetapkan 3 matlamat (tujuan) penting, mengapa manusia ini diciptakan. Yang pertama adalah matlamat ibadah. Wa maa khalaqtul jinna, dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku. Kedua, khilafah. Firman Allah swt, wa idzqaala rabbuka lil malaaikati, dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, sesungguhnya Aku akan jadikan di atas muka bumi itu khalifah. Ketiga, matlamat amanah, Allah swt berfirman, inna arodnal amaanata `ala samaawaati wal ardi wal jibaalu. Sesungguhnya Kami telah membentangkan amanah kepada langit, bumi, bukit, bukau, dan gunung-galang, supaya mereka memikul amanah ini. Semuanya gerun (gelisah, khawatir) dan takut, melainkan manusia bersedia untuk memikulnya. Sesungguhnya manusia itu sangat dzalim lagi sangat jahil, melainkan mereka yang menjadi pengikut nabi-nabi dan rasul-rasul.
Bagaimana kata al-Qur'an tentang negara atau pemerintahan?
Terlalu banyak ayat yang berkait dengan pemerintahan. Di antaranya ayat yang sering diwiridkan orang-orang Islam selepas sembahyang, qulillahumma malikal mulk, tu'til mulka man tasya', katakanlah ya Allah ya Tuhanku. Engkau yang memiliki kerajaan, pemerintahan. Engkau memberi pemerintahan kepada siapa yang Engkau kehendaki. Engkau mencabut pemerintahan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkau memuliakan siapa yang Engkau kehendaki. Engkau menghinakan siapa yang Engkau kehendaki. Di dalam tangan Engkau sajalah kebaikan, wahai Tuhanku. Ayat itu diwiridkan oleh semua imam, semua makmum, selepas tiap-tiap shalat. Tiba-tiba mereka bercakap di luar, pemerintahan tak ada dalam Islam.
Dalam al-Qur'an juga banyak ayat yang menyebut tentang kewajiban dalam pemerintahan. Yaa ayyu halladziina aamanu `atiullaha wa'atiurrasul, wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah, kepada Rasul, dan pemimpin-pemimpin di kalangan kamu. Maknanya, ummat Islam mestilah mewujudkan pemimpin-pemimpin.
Langkah dalam bidang hukum?
Kita perlu menyadari bahwa di dalam syari'at Islam ada UU keluarga, ada yang berkait tentang mu'amalat, ini boleh (bisa) dilaksanakan tanpa gangguan pusat. Dalam UU jinayah, ada 3, yaitu qisash, hudud, dan ta'zir. Dalam hal qisash dan hudud, ini berada dalam kuasa kerajaan pusat. Tapi dalam hal ta'zir, menjadi kuasa kerajaan negeri. Karena itu kami laksanakan ta'zir dulu. Sementara qisash dan hudud kami luruskan dulu dalam bidang perwakilan di peringkat daerah. Dan kami ber-hujjah kepada pemerintahan pusat, supaya mereka membenarkan pelaksanaan syari'at secara menyeluruh.
Mahkamah Persekutuan
Tujuan & Peranan
• Mengekalkan perundangan Islam yang diperuntukkan kepada mahkamah ini bagi menjamin setiap Muslim patuh dan tidak melanggar perintah Allah s.w.t berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
• Menjalankan pentadbiran agama Islam al-Quran dan as-Sunnah bagi menjamin kesejahteraan orang Islam
• Melahirkan keluarga Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam serta mengawasi mereka supaya menjalani kehidupan mengikut syariat Islam.
• Menyelamatkan umat Islam daripada pepecahan dan keruntuhan rumahtangga.
• Tempat rujukan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah rumahtangga.
• Memberi bimbingan dan nasihat kaunseling kepada pasangan yang ingin berumahtangga agar dapat membina rumahtangga yang bahagia sebagaimana tuntutan agama.
• Tempat membuat rayuan daripada pihak isteri untuk mendapatkan nafkah daripada suaminya yang sudah bercerai
• Tempat menyelesaikan masalah kekeluargaan seperti nikah kahwin, penceraian, talak, fasakh, dan sebagainya.
• Menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat seperti judi, minum arak, riba, khalwat, dan lain-lain perkara mungkar
• Membantu serta menyelesaikan pembahagian harta pusaka dan hal-hal berkaitan seperti wasiat
• Juga bertugas sebagai penasihat jika diminta oleh kerajaan
• Badan yang dilantik oleh kerajaan yang bertanggungjawab memberi penerangan berkait dengan keagamaan, kekeluargaan dan sentiasa berdakwah sepanjang masa
• Menerapkan nilai-nilai Islam agar orang Islam mengamalkan sistem dan cara hidup Islam secara menyeluruh dalam kehidupan mereka.
Perlaksanaan Pengadilan di Mahkamah Syariah
[sunting] Mahkamah Rendah Syariah
• Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen negeri
• Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut
• Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan mahkamah
• bicarakan kes-kes di peringkat daerah.
[sunting] Mahkamah Tinggi Syariah
• Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan kepadanya
• Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah
• Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid
• Menguruskan kes-kes rayuan
• Menyediakan jurnal mahkamah untuk diterbitkan (bagi sesetengah negeri)
[sunting] Mahkamah Rayuan Syariah
• Bertugas untuk mendengar kes-kes rayuan
• Mempunyai kuasa pembatalan mana-mana sabitan hukuman oleh Mahkamah Syariah
• Mengurangkan hukuman
• Memerintah supaya diadakan pembicaraan semula atau ulang bicara
• Menerima rayuan responden yang dihukum penjara atau denda tidak kurang RM25.00 dan telah membuat rayuan mengikut prosedur yang telah ditetapkan
• Setiap rayuan akan didengar sekurang-kurangnya oleh tiga orang panel(hakim) rayuan daripada Panel(hakim) Rayuan Syariah yang dilantik dan ditaulaiha oleh KDYMM Sultan*(Ketua Hakim adalah Pengerusi Panel Rayuan Syariah)Keputusan mahkamah adalah muktamad dan sah.
[sunting] Bidang Kuasa
Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Kuasa Mahkamah Syariah tidak menguasai kuasa yang dibenarkan dan kuasa Mahkamah Syariah adalah dibawah enakman negeri.
[sunting] Perlembagaan Malaysia 1965
Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut:
1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
2. Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau
3. 6 bulan penjara atau
4. Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara)
[sunting] Perlembagaan Malaysia 1984
Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut:
1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
2. Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau
3. 3 tahun penjara atau
4. Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau
5. Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan)
1. Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (Akta 91).
Seksyen 4 Courts of Judicature Act 1964, memperuntukkan bahawa jika terdapat pertentangan atau percanggahan di antara Akta itu dan mana-mana undang-undang bertulis lain kecuali Perlembagaan yang berkuat- kuasa pada tarikh berkuatkuasa Akta itu, peruntukan Akta itu hendaklah mengatasi undang-undang lain. Seksyen ini hendaklah dimansuhkan.
(b) Akta Keterangan 1950 (Akta 56).
Seksyen 112 Evidence Act 1950, mengenai kesahtarafan dan seksyen 100 mengenai tafsiran wasiat hendaklah tidak dikenakan kepada orang-orang Islam.
(c) Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 (Akta 351)
Akta ini hendaklah tidak terpakai di mana-mana negeri yang telah mengadakan peruntukan untuk hak jagaan kanak-kanak bagi orang Islam.
(d) Akta Pemegang Amanah 1949 (Akta 208)
"Wakaf' hendaklah tidak termasuk di dalam takrif "trust di bawah akta ini.
V. Daripada kertas kerja ’Hudud dalam Perundangan Islam” oleh Dr. Haron Din di seminar Pentadbiran Undang-Undang Syariah, Jenayah Dan Keluarga Islam Kedah yang diadakan pada 29 April hingga 1 Mei 1978, dalam rumusan tersebut beliau telah menyebut:
i. Hukum hudud hendaklah dilaksanakan oleh pemerintah islam kerana islam merupakan agama rasmi negara ini.
ii. Sejarah telah membuktikkan bahawa pemerintah islam yang mengamalkan hukum hudud mendapati bahawa kejadian jenayah berkurangan.
iii. Suatu peruntukkan undang-undang hendaklah dihantar menemui Perdana Menteri dan Menteri Undang-Undang bagi menyakinkan mereka dengan hukum hudud supaya dibawa usul mengenainya ke Parlimen Malaysia. [14]
Ummat islam di Malaysia kian terkeliru dan terpedaya dikalangan orang-orang islam sendiri yang mendakwa dan menyuarakan hukuman hudud itu tidak adil dan zalim dan bermacam-macam lagi dakwaan dan andaian yang dibuat oleh mereka sebagai helah dan dalih untuk menolak hukum hudud dilaksanakan di negara ini.
Antaranya mereka mendakwa dan menyatakan: [15]
a) Hukum hudud yang diluluskan oleh Kerajaan Kelantan bukan hudud allah tetapi adalah hudud PAS.
b) Di negara Malaysia tidak boleh dilaksanakan hukuman hudud kerana rakyatnya terdiri daripada masyarakat majmuk dan berbilang bangsa dan agama.
c) Di negara ini belum sampai masanya dilaksanakan hukuman hudud kerana tidak ada pakar dan ahli dalam perundangan islam.
0 komentar:
Posting Komentar